Latar belakang Daydream (EP DAY6)

Pada 22 Mac 2016, DAY6 melalui laman media sosial rasmi mereka mendedahkan pratonton album mini Daydream dan gambar teaser berkumpulan serta mengumumkan bahawa album itu akan dilancarkan pada 30 Mac 2016.[8][9] Keesokan harinya, gambar teaser yang menampilkan setiap ahli DAY6 yang diambil secara dekat pula didedahkan, di mana gambar teaser tersebut diambil di tepi laut.[nota 1] Pada 27 Mac 2016, video muzik teaser untuk runut tajuk "Lepaskan, Lepaskan, Lepaskan" dipertontonkan melalui akaun YouTube rasmi JYP Entertainment.[6] Beberapa video pendek dan gambar latihan bagi lagu-lagu daripada album mini ini didedahkan melalui laman Instagram,[11][nota 2] sebelum video latihan secara langsung ditayangkan melalui V Live.[13] Pada 30 Mac 2016, video muzik penuh bagi lagu "Lepaskan, Lepaskan, Lepaskan" dilancarkan, bersama dengan penjualan secara dalam talian dan versi fizikal album itu.[14][15]

Rujukan

WikiPedia: Daydream (EP DAY6) http://www.allkpop.com/article/2016/03/album-mv-re... http://www.allkpop.com/article/2016/03/day6-joins-... http://www.allkpop.com/article/2016/03/day6-releas... http://www.allthatstar.com/tw/view.php?action=5212... http://www.billboard.com/articles/events/year-in-m... http://www.billboard.com/author/jeff-benjamin-6385 http://www.billboard.com/author/jessica-oak-153739... http://www.billboard.com/charts/world-albums/2016-... http://hei.hankyung.com/hub01/201603257773I http://www.hanteo.com/search/nAlbum_info2.asp?mcod...